Tuesday, April 5, 2011

Guide Item and Strategy untuk Morphling

Morphling ni memang selalu ade dalam Draft Captain Mode. Hero ni boleh juga dikatakan macam pembaris ukur nak tahu yang dia ini boleh main Dota ke tak. Sebab?
  • Hero ini buzy dalam game.
  • Semua jenis Rune sesuai untuk hero ini.
  • Versatile (boleh ubah cara main tengok keadaan)
  • ade Skill lari dari War dan kejar Hero
Morphling sebenarnye takde susah mana nak pakai. kalau nak jadi buzy dan kacau dalam game memang agak susah. perlu training dan tengok replay morphling banyak kali. 




Morphling The Morphling
Range: 350 | | Move Speed: 285 | Primary: AGI
Str: 19 + 2 | Agi: 19 + 3 | Int: 17 + 1.5
Damage: 34 - 43 | HP: 511 | Mana: 221
HP Regen: 0.82 | Mana Regen: 0.69
Attack Speed: 1.43 sec (+ 19% IAS) | Armor: 3.7 (18% Reduction)




Start dengan Skill ape yang perlu diambik

1. Waveform 
2. Stats
3. Waveform 
4. Stats
5. Waveform 
6. Stats
7. Waveform 
8. Stats
9. Adaptive Strike 
10. Adaptive Strike 
11. Replicate
12. Adaptive Strike 
13. Adaptive Strike 
14. Morph 
15. Morph 
16. Morph 
17. Replicate 
18. Morph 
19. Replicate
20. Stats
21. Stats
22. Stats
23. Stats
24. Stats
25. Stats




Level 1-10
Kenapa ambik Wave-Stats bukan Wave-Adaptive Strike?
Cuba la korang pikir, Skill Wave dengan Adaptive Strike ambik dari level 1 lagi. Mana morphling tu banyak mane la sangat. Kalau Morph tu dah Level 3 bagi Wave pastu skill Strike kat Hero, Kompem Mana korang akan kering terus, dan korang akan terus sangap. 

Berapa la sangat damage bagi skill Adaptive Strike kat musuh masa Early Game. Damage skill Adaptive Strike tu bergantung banyak mana Agility Morph. Awal game banyak mana Agility Morph? sikit gile babi kan? Dah la pakai 100 lebih mana tapi damage macam gigit semut rasa. membazir je. baik korang simpan Mana untuk skill Wave. Wave pun cooldown sekejap je kot. Jadi, stats lebih baik berbanding Adaptive Strike untuk early game sebab stats tambah HP, Mana, Attack Speed skit, Morph tu dah la sayur, nyawa skit, mana skit. jadi Wave-Stats adelah yang terbaik untuk early game. 

Level 11-20
Time ni korang ambik la Adaptive Strike, sebab masa ni Morph dah banyak Agility. Kompem dah sakit kena kat Hero. Jangan lupe main Replicate, Replicate tu awal-awal gunanye nak lari dari War bile korang dah nyawa last hit. pastu musuh tergamam bile kau buat macam tu dan label korang PRO apabila mereka rasa liat gile nak bunuh korang. Untuk Skill Morph (skill yang naik Agility-Strength) tu aku galakkan ambik kalau korang 
  • ade mana banyak
  • tahu cara dan timing nak switch Strength-Agility dan sebaliknye

kepada yang tak seberapa tahu sangat, senang citer korang tak payah terus main skill Morph, ambik jela stats. buat ape ambik Skill tapi tak imba timing dan tahu cara guna. kalau nak sangat pun ambik satu jela sebab nak adjust Strength dan Agility korang. 

nyawa (HP) yang ideal untuk Morphling adelah 1100-1400HP, strength yang lain korang sumbat dalam Agility kasi tambah damage dan attack speed. Nyawa ideal ni aku cuma galakkan kepada yang PRO sahaja sebab perlu strategi dan timing yang imba bila guna nyawa macam ini. jangan sesekali korang set nyawa korang 1100-1400 bila
  • ade hero bagi skill damage kaw sat seperti Lion dan Lina. kasi stun, hex, finger level 3, kompem mati terus ataupun nyawa last hit. ini namanye menempah maut! (nak nyawa macam ini sebenarnye boleh tapi kena ade linken atau BKB

consider la korang nak set nyawa Morphling korang macam mana. jangan jadi bodoh sangat. Damage 1000 sekali pun tapi nyawa sayur gile buat ape. time war, tak sempat nak attack terus mati kena skill baik tak payah.

Level 20-25
masa ni guna replicate korang kat Hero paling tinggi damage (selain Morphling), guna time War dan kompem bagi advantage gile kat korang. seterusnye suke hati korang la nak buat macam mana kan. aku rase same je macam mid game. (cuma cara guna replicate la berbeza)




Item Build Morphling


Starting item 

tango=1 (3 cas)
potion=1
slipper agility=2
ironwood branch=2

kalau solo 




+= 
tango=1
potion=1
ring of protection=1
 (dah ade duit sikit suruh burung hantar sobi mask untuk dapat ring basilius, kalau dah siap, set aura mana regen tu kepada hero sahaja bukan untuk all
selebihnye ironwood branch



Early Game (level 1-10)


or
  • power tread (kalau game senang buat boot of travel, cepat kaye)
  • magic stick
  • ring basilius 
  • 2 wraith band or bottle
kenapa 2 wraith band? baik aku aim terus buat peserverance.
2 wraith band sebenarnye untuk naikkan korang punye stat sikit supaya HP dan Mana tambah, tambah sikit kapasiti mana korang supaya time war sentiasa ade mana yang mencukupi. buat ape ade Mana regen tapi kapasiti mana korang kecik gile babeng kan? boleh fikir la sendiri. kalau korang gile rune, tak payah 2 wraith band. buat satu je pastu beli bottle.

macam mana nak regen Mana supaya aku selalu wave untuk senang dapat creep?
itulah guna ring basilius cha. Mushi punye Morphling pun guna Basilius untuk regen Mana masa early game.

Mid game

manta style

ini item wajib buat morphling, memang item ini yang buatkan morphling korang imba. jadi buzy gile time War. 

sange and yasha (SNY)

jarang orang buat item ini untuk morphling dan mungkin juga korang merasakan aku noob cakap kat korang buat item ini. SNY ini sebenarnye power untuk morphling. tambah strength, damage, movement speed, attack speed. pakej untuk morphling. ade pulak orb effect (maim) kasi slow, memang morph boleh kejar hero sorang-sorang, dan boleh tank sekejap sebab strength SNY tambah HP. tak percaya? cuba try.

linken sphere

item ini ibarat wajib untuk morphling untuk counter magic yang sakit dan annoying seperti stun. tambah mana regen, nyawa regen, plus 10 stats sememangnye linken item yang ideal untuk morphling.

item mahal (luxury)

butterfly

kalau buat memang morphling korang power gile dan susah nak bunuh. attack speed cam lahanat+evasion+damage.

monkey king bar (MKB)

attack speed, damage tinggi dan extra damage membuatkan morphling korang cepat gile sapu all hero musuh

buriza do kyanon

aku sebenarnye tak seberapa suka sangat item ini buat morphling tapi still ini item imba untuk morphling. (kalau buat buriza, pelis jangan buat MKB. sebab nanti kacau true strike MKB tu)

eye of skadi

ini item paling imba untuk morphling, slow musuh dan tambah all stats. item paling menakutkan kalau morph berjaya siap skadi. memang menitis la air mata korang nak bunuh morphling tu dan morphling tu kacang-kacang je bunuh hero korang.



Item yang jangan sesekali buat kat Morphling

Dagon.

ape lancau buat dagon? early game ke, mid game ke, late game ke, aku tak boleh terima morphling buat dagon. kau wave, adaptive strike dan dagon, kompem mana kau dah habis (itupun kalau cukup). dah nak kena balik base regen tak pun guna botol. perlu ke kau guna semua Mana kau nak bunuh satu hero lepas tu sangap? nak jadi KS king sila la guna Dagon.

Hand of Midas

peh! ini lagi aku tak boleh terima. tambah attack speed sahaja tapi damage seciput. alasan buat? nak dapat duit banyak. daripada kau habis 2000++ duit kau, semata-mata nak duit cepat. lebih baik kau buat barang damage hunt hero. lagi cepat kau dapat duit.

Ethereal Blade

bagi aku item ni ok la kalau morphling buat, tapi aku still tak suke. sebab? orang main item ini selalunye akan naikkan agility dia kaw-kaw sampai nyawa dia tak sampai 1000 pun semata-mata nak bagi magic damage dia power. ape lancau? sayur gile. kau ethereal hero sorang pastu bagi satu set skill, dapat bunuh satu hero tapi kau mati sebab tadah ulti lion level 3 dan stun. membunuh 1 hero tapi dibunuh pule. ape bende tu? kau dah la hero carry dan kau mati dulu? pelis giv me a break

Helm of Dominator

ini pun same pesen dengan ethereal. naik agi, kasi up damage. kau bajet damage tinggi sedap la kau ketuk hero dan life steal sedangkan nyawa kau sikit hanjeng. tak payah. tak sempat pun kau membunuh hero, kau pun dah mati terkakai ditengah-tengah war. melainkan kau masuk last sekali dalam War dan KS sume sekali.


Hero yang sangat membantu Morphling

Cristal Maiden

hero ini dapat level 9 je, pastu kau dah boleh AFK kat base. bagi Up Skill Aura Cristal Maiden sampai level 4 dan Morphling tu sedap je farm pakai skill wave dia.



Hero yang sangat sial pada Morphling

Doom Bringer

sangap terus kau kena doom, tak boleh wave untuk lari ataupun attack. dah la nyawa skit. memang GG la kau kalau kena aim dengan Doom sepanjang masa.

nak tahu cara main morph yang imba? kalau aku terangkan. sampai besok tak habis. senang korang tengok replay, tengok macam mana cara main morph imba. aku cuma bagitahu yang basic jela.

Monday, April 4, 2011

Selamat Datang Dota Melayu Imba

blog ini tujuan untuk menaikkan orang melayu dalam DOTA. aku harap dengan blog ini dapat menghapuskan pemain DOTA melayu yang

  • Noob
  • Sayur
  • Ayam
  • Lauk
  • Ks-King
  • Bajet Pero
  • Map Hacker 99
Blog ini akan memberi guide tentang hero, strategi war, dan update tentang Dota. yang paling penting adalah dalam bahasa melayu. SEMOGA MAJU JAYA DOTA MELAYU MALAYSIA! :)